Want your
own Fotopage?











 
~Kasih Abadi....Memori Terindah Musim Ini~

By: Adam Mikhaeyl Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Jul-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
:: My Second Baby Boy : Muhammad Aqiel Rafaeyl ::

ADAM DAH BESAR
KENA BULI DEK BIBI YER...
AQIEL RAFAEYL
susu..1..2...3..
cuci keter
little
susu..1..2...3..
cuci keter
little Aqiel
View all 14 photos...
Tak sangka dah setahun lebih tak update fotopages ni. Adam pun dah dapat adik baru... Aqiel Rafaeyl. Baru 2 bulan lepas. Adam skang makin lasak. Rambut pun dah kerinting giler.. hehhe.. apa-apa pun adam tetap mama sayang...
Tepat jam 11.30 mlm, 02.05.09 adam mikhaeyl dah bergelar abang.. hhehehe aqiel selamat lahir dengan berat 1.72kg di Hospital Sultanah zahirah Kuala Terengganu. tak cukup bulan sebenarnya. Mama pun sebenarnya kebetulan balik bercuti kat Terengganu ni sempena cuti hari pekerja… tup tup terpaksa sambung cuti terus 2 bulan.
Aqiel terpaksa warded selama 21 hari sbb nak tunggu berat badan dia naik. Skang berat badan dia dah 4.6kg++ Alhamdulillah.. Sekarang pun dia makin cubby. Adam pun tak ada la kacau dia sangat, Cuma kadang kala si adam tu tarik2 kaki aqiel bila aqiel menggeliat.. agaknya pelik kut tengok kaki aqiel tak sebesar kaki dia.
Adam pun ngan mama mmg banyak songeh.. jelouse la tu mama asyik ngan adik dia… hehehe. Tapi at least boleh la harapkan dia gi amik tu amik ni… dia la paling sibuk time nak tukar pampers adik dia, gi amik bedak, wet tissue semua tak perlu nak arah2. Sampai kadang2 dia tersilap amik pampers dia sbb confuse pattern samer cuma saiz je lain.. tapi time dia tido memang dia mengamuk kalau dia terjaga sbb adik dia menangis… tention la konon adik buat bising.. biasala.. diakan abang… hehe…
Bila dah 2 bulan lepak kg berat la pulak nak balik Shah alam.. Adam pun dah ngam ngan sepupu dia.. sampai sini hantar umah pengasuh dah mengamuk ngamuk tak nak.. Dari tingkat 5 boleh dengar suara dia sampai kebawah mengamuk…nak wat cam ner.. tak ada pilihan.. kesian pun ada mama dengar adam terjerit-jerit.Time mama tulis bloq ni.. adam tak ada kat PJ.. balik kampung mak ngah kat pahang. dah 2 hari dah.. berat nak lepaskan adam pegi... tapi kesian pulak mama tengok pakngah ngan mak ngah beria-ia nak bawak adam. Rindu giler kat adam skang ni.. Rumah pun sunyi je bila mama balik keje, kalau tak riuh dengan suara adam.. Cepat la balik... mama nak peluk adam puas-puas ni....

Care to comment?


Tuesday, 13-May-2008 05:40 Email | Share | | Bookmark
~Adam : my soul ~

 
 
 
 
 
 
View all 9 photos...
Dah lama tak bercerita pasal Adam.. em.. skng Adam dah makin besar…lagi 6 hari baby mama dah 6 bulan tapi berat dah 9 kilo lebih. Mama dia lak makin kurus. Hahahah… tak adalah. Melihat perubahan yang berlaku pada adam dari sehari ke sehari membuatkan mama tenang dan rasa bahagia walau tika mama berduka… Senyum Adam buat mama rasa disayangi dan dihargai. Rasa kasih bila mama lihat wajah adam yang tenang saat beradu. Moga adam akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T tak kira waktu adam bersama mama atau tidak. Janji mama, mama akan lakukan apa saja yang mama mampu untuk besarkan adam dengan kasih sayang. Mama mahu adam bahagia sebagaimana mama bahagia dibawah kasih sayang nenek dan aki.

Hai.....ala cutenyer senyum ha...

Jom singgah fp Zai plak..Baru jer update haa..layan...zas.......
Mon 2-Jun-2008 12:23
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 15-Feb-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
~My Dear Adam...~

cenyum sayang....
lenanya...
ngna ameely yg suka kutuk adam
View all 9 photos...
Em.. hari tu balik kg untuk cucuk adam.. timbang sekali dah naik 6.1kg, sbb la mama makin lama makin tak larat nak dukung adam lama-lama mcm dulu.. hehe. Yang tak best nyer 2 hari b4 balik KL adam demam la pulak.. jangkit papa dia la tu.. dah tau demam nak jugak cium2 si adam tu... last terpaksa ponteng kerja 1 hari...
Moga lepas ni.. adam mama akan membesar dengan sihat....


"Mama Sayang Adam"

Hai..lama erk tak jenguk fp zai....emmmm makin cute baby you.... Fri 15-Feb-2008 06:05
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Adam makin enchem la..... Sat 16-Feb-2008 06:52
Posted by:Saa  - [Link]
wah, adam makin tembam ar..sama ar ngan baby zahra...x larat mama nk dukung..hehe Mon 18-Feb-2008 05:54
Posted by:norly_mama ZaHra pink_lyana@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 24-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
~Mama Rindu Adam~

pagi... before hantar umah 'ibu'
kenapa blur je sayang...mcm tau nak kena tinggal.
pagi ni adam langsung tak senyum..
View all 12 photos...
Hari ni first day adam duk ngan orang sebelah. Dah tak ada pilihan, mak dah balik kampung. Pagi masa hantar adam muka dia blur je.. may be tengah fikir ‘kenapa mama hantar aku umah akak ni ek?’ rasa tak sampai hati nak tinggalkan adam bila dia pandang aku dari ribaan akak yang jaga dia tu. Tapi aku kena kuat semangat.
Balik terus amik dia… masa aku sampai dia tengah hisap putting kat dalam buaian, aku dengar dia merengek je.. luluh rasa hati… akak tu cakap petang dia merengek sbb perut dia cam kembung tapi aku tahu bukan sbb perut kembung sebenarnya dia nak susu badan… aku diam je lah… balik terus aku susukan adam. Tapi dia still tak happy x mcm masa dia tinggal ngan mak. Rindu kat mak kut? Aku pun rindu kat mak jugak.
Biasa jam 3 adam tak pernah merengek.. bila aku terjaga dia dah cebek nak nangis, bagi susu badan tak nak.. bagi susu botol tak nak.. bila aku masukkan jari dalam mulut dia bukan main kuat dia kulum.. lapar rupanya… saat tu aku tertanya gak dalam hati tak bagi makan nestum ke akak tu kat adam? Aku kejutkan hubby aku tolong tengok kan adam sementara aku bancuh nestum.. lepas makan bukan main lagi adam boleh gelak2… sempat aku snap dua tiga keping gambar…esok? Beratnya rasa hati nak hantar adam kat umah sebelah tapi aku tak ada pilihan.

waaa... tak awal sangat ke dah bagi makan nestum ? Sun 27-Jan-2008 16:18
Posted by:fia  - [Link]
fia.. memang awal tapi nak buat cam ner tak ada pilihan.. minum susu sajer tak cukup, asyik merengek je kerja si adam ni.. dah makan baru gelak2 Mon 28-Jan-2008 04:32
Posted by:dyhea  - [Link]
ooo gitu... tp my girls dulu pon 2 bulan dah kasi macam2
http://dbabies.fotopages.com
Mon 28-Jan-2008 16:10
Posted by:fia  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 23-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
~Bye Nenek~

telatah
00:00
baby
00:00
adam
00:00
View all 9 photos...
Hari ni pagi2 jam 8 lebih kitorang kuar umah. Bawak adam sekali, gi makan kat kg baru before hantar mak naik bas kat hentian putra. Sebenarnya dari semalam lagi aku naik sebak tiap kali ingat macam mana la adam bila mak tak de ngan dia, aku pun… maklum la dah 2 bulan berkepit ngan mak… adam lagi la sejak lahir lagi tiba2 hari ni mak dah nak balik terengganu.
Kat hentian putra masa salam ngan mak aku dah tak leh nak pandang mata dia, sbb mata aku dah panas dah. Skit lagi kalau tak cover mesti dah basah pipi ni… mak pun aku tengok dah berair mata masa cium adam… apa2 pun aku kuatkan hati tak lama lagi kami akan balik terengganu. Pesan mak kalau rasa orang sebelah umah aku tu tak serasi ngan adam… hantar la balik kampung biar mak jaga kat kampung. Thah lah….
Balik hantar mak singgah umah abah bawak adam jumpa atuk dia. Dalam kereta bukan main lagi dia gelak aku apa lagi amik tepon papa dia snap beberapa keping. Tapi bila sampai umah atuk dia biasala adam buat muka blur pas tu tidur ngan mak ucu dia… balik rumah masa nak mandikan dia bukan main dia menangis, tak pernah dia nangis mcm tu. Aku ngan hubby dah tak tau nak buat apa. May be dia rasa lain sbb biasa mak mandikan dia. Masa tu aku dah nak nangis…. Kalau boleh nak suruh mak datang tang tu jugak tapi aku tau tu semua mustahil. Trg~KL bukan dekat. Sabar ye baby mama.. nanti kita jumpa nenek kat kampung.

>> comel... Sat 26-Jan-2008 06:13
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Comel la....bila la nak dpt baby sendiri ni... Wed 13-Feb-2008 07:22
Posted by:Saa  - [Link]
tu le pasal.. diey pun dah lama tunggu kad dari saa ni tapi tak kunjung tiba.. yang tiba cuma kad raya... huhuhu Fri 15-Feb-2008 04:18
Posted by:dyhea
Add comment


Monday, 14-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
~HARI PERTAMA~

adam hari ke -57
masam jer baby mama
cenyum skit sayang..
View all 7 photos...
Hari ni sepatutnya hari pertama aku kerja after cuti 2 bulan, semangat memang la semangat.. tapi dalam semangat tu berat hati jugak nak tinggalkan adam kat umah walau pun mak ada tolong jagakan. Thah, rasa berat sangat nak berpisah dengan dia walau sekejab. Tapi nak buat cam mana cuti dah tamat. Nak jadikan cerita masa on the way tu ada accident kat federal highway, memang jammed giler… masuk keje kul 8.15 pagi tapi kul 8 kat highway lagi, last amik keputusan EL. Hahaha… happy nya boleh balik jumpa adam….Masa sampai umah tu adam tengah merengek tak nak susu botol... Sempat amik gambar ngan adam yang tengah blur hehehe… tapi gambar tak berapa clear sbb guna camera bahagian depan.
16hb tu.. gi kerja dapat le hadiah dari kengkawan kat office.. stroller.. thanks ya susah payah kumpul duit.. tahun lepas bulan 12 depa kumpul beli hadiah kawin tahun ni depa kumpul duit lagi bagi hadiah baby.. tahun depan? Hahaha…


nice work
pandai lak jelin kamera tu
Fri 25-Jan-2008 13:01
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Thanks sbb drop fp zai...amboi pandai baby posing jerr.. Fri 25-Jan-2008 15:21
Posted by:zai Intel Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
waaa rajin betul kira umo hari2... macam fia dulu anak first kira sampai hari 100 lebih. heheh... anak first memang slalu gitu kot. Fri 25-Jan-2008 19:53
Posted by:fia  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 12-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
~BUAH HATI MAMA DAH PANDAI GELAK~

Adam hari ke-55
cenyum sket...
alahai...bucuk mama
View all 5 photos...
Tengok perkembangan adam, memang happy sangat.. badan dia pun dah makin semangat dah tak larat nak dukung dia lama-lama. Nasib baik mak still kat sini boleh dia tengok2 kan adam bila aku kerja next week. Tapi kengkadang kesian jugak tengok mak… nak melayan kerenah si adam tu. Papa dia pun kira lulus la ujian bapa mithali sbb malam2 bangun tukarkan pampers adam. Tapi siang susah sikit la asyik gi workshop tengok kete dia yang tengah tukar kaler tu.

“Next week mama kerja adam jangan nakal-nakal ngan nenek tau..”

>> comel... Thu 24-Jan-2008 13:55
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Hai.nice pic .best dapat baby zai nie bila lerr plak....salam perkenalan dr zai Intel...Boring2 tu ushar2 lerr fp zai plak na... Thu 24-Jan-2008 17:30
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
kami menjuall pelbagai barangan antaranya keropok kering, kain batik, kain pelikat, baju kelawar semua dari terengganu
_________________
http://afa7881.fotopages.com
Sun 17-Feb-2008 15:19
Posted by:chinbei  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 19-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
~ADAM MIKHAEYL~

Adam hari ke-32
Adam hari ke-39
adam with mama
View all 17 photos...
19 Disember 2007 baby Adam dah genab sebulan. Tak ada apa-apa masalah… memang susah nak dengar dia nangis kecuali dia mengantuk nak tidur. Malam-malam jam 7 dia akan start tidur hingga 2 pagi, bangun kejab tukar pampers dan minum susu dia akan tidur balik. Jam 4 pg dia bangun lagi, tidur dan bangun lagi jam 6 hingga jam 8 pagi.. tiap2 hari adam akan bangun time sama, jadi senang la mama dia nak tidur. Cuma siang dia susah nak tidur. Dan sebulan ni jugak mama dia terpaksa memerap dalam bilik dengan adam… pantang le katakan. Tapi dalam duk pantang2 tu… hari ke 13 stoking dah kemana… jamu dah kemana… pakai seluar pendek je sbb panas. Jalan pun bukan main laju sampai mak ngeleng kepala. Rimas la nak jalan slow2.. rasa lembab jer.. Tapi Alhamdulillah segalanya selamat. Cuma makan kena pantang betul2 sbb takut adam kembung perut. Hehhe… lagi sebulan boleh le makan ice cream. Best nyer!!!!!!!

cumil je adam!
singgah fp mama zahra lak... leh kita kongsi pengalaman...
salam kenalan
Thu 24-Jan-2008 10:58
Posted by:norly_mama ZaHra pink_lyana@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 19-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
~SELAMAT DATANG SAYANG~

Adam hari ke-4
adam hari ke-5
Adam hari ke-6
View all 16 photos...
19 Nov 2007… 10.33am…akhirnya tangisan bayi yang aku tunggu selama ni memenuhi ruang wad bersalin. Hilang segala kesakitan yang terasa. Saat tu apa yang mampu aku lakukan hanya mengucap kesyukuran pada Allah kerana mengurniakan aku bayi lelaki yang sempurna segalanya.Terasa genggaman tangan suamiku yang dari tadi menemaniku kemas. Dan di tubir matanya bergenang air jernih .. Aku tahu dia pun gembira dan aku harap dia menghargai pengorbanan ini setelah melihat sendiri bagaimana aku bertarung nyawa menyambung generasi miliknya. Selamat datang sayang ku MUHAMMAD ADAM MIKHAEYL

Care to comment?


Sunday, 3-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
~PUTRAJAYA~

 
 
 
View all 12 photos...
"...cinta kita cinta mati....." memang simbolik ungkapan ni... beruntung mana-mana pasangan yang mampu merealisasikannya... sehidup semati siapa yang tak mau dengan kekasih tercinta.

Hari ni after ke majlis perkahwinan kawan my hubby sempat kami ke Putrajaya... saje kata my hubby sbb dia tau dah lama dyhea nak ke sana cuma masa tak mengizinkan... sempat snap beberapa gambar.. memang ramai giler pengujung kat sini. Sempat juga menjamu selera kat medan selera sementara menunggu hujan teduh.

and for razif and his wife aliya... congratulation... tempuhi alam baru ni dengan penuh kesabaran dan tolak ansur.

Sun 19-Aug-2007 06:39
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
vouge btl mama nya Fri 25-Jan-2008 02:41
Posted by:xjukie  - [Link]
tu belum jadi mama lagi ler...xjukie : ) Fri 25-Jan-2008 07:58
Posted by:dyhea
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.